Tuesday, October 21, 2008

ramadhan telah berlalu...

"…(iaitu) ada pada bulan Ramadhan. Kerana itu, hendaklah kamu mencarinya pada sepuluh hari terakhir. Kerana ia terdapat pada hari-hari ganjil, iaitu pada malam 21, atau malam 23, atau malam 25, atau malam 27, atau malam 29, atau malam terakhir." - HR Ahmad
Lailatul Qadar adalah satu malam istimewa yang dikurniakan kepada umat Muhammad SAW lantaran kebimbangan Baginda terhadap usia umatnya yang semakin pendek. Bagi mengatasi keraguan ini, maka Allah SWT menurunkan malam Lailatul Qadar yang membawa pahala seperti beribadat selama 83 tahun. Ini bagi menyamakan jarak masa umat terdahulu dengan umat Baginda pada hari ini dalam mengerja dan mendapatkan pahala beribadat...adakah kita sedar bila Lailatul Qadar berlaku?Perbanyakkanlah amalan pada Malam Lailatul Qadar seperti membaca Al-Quran, bertasbih dan bertahmid. Dan ia sesungguhnya boleh ditemui jika kita dapat membezakan malam tersebut dengan malam-malam sebelumnya..
Semoga bersua dengan Lailatul Qadar akan datang..
InsyaAllah...

1 comment:

HALUAN SUCI said...

Artikel ini sungguh menarik.Memang lah seharusnya kita sebagai hamba allah menantikan malam lailatul qadar ini.Namun umat islam pada hari ini leka dan lalai terhadap malam tersebut.Mereka lebih mementingkan kehidupan harian mereka berbanding dengan mendekatkan diri pada penciptanya.oleh itu kita yang ada serba sedikit tentang ilmu agama ini seharusnya menanti-nantikan malam ini dengan penuh makna.sekian....