Friday, October 24, 2008

KONSEP BLOG SAYA

Assalamualaikum w.b.t..

Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dapat juga sy menyiapkan tugasan sy ini..sy memilih nama "cahaya hati" untuk dijadikan tajuk Blog sy kerana ingin mentarbiah hati ini agar cintakan ilmu..Cahaya hati ini adalah satu blog yang berkonsepkan dakwah dan pengetahuan untuk diri sy sendiri dan moga-moga ia menjadi manfaat kepada rakan-rakan.
Dalam blog ini terdapat pelbagai isu yg sy kupas untuk menjadi perkongsian bersama. Sesiapa sahaja berhak dan diberi peluang untuk memberi komen terhadap isu-isu yg sy utarakan. Isu yg sy utarakan dalam blog ini merupakan isu penting untuk dijadikan pedoman kepada sy dan rakan-rakan sekalian. Antara isu sy utarakan seperti isu politik negara kita kini yang semakin hari semakin meruncing. Selain itu, terdapat juga isu berkenaan pembinaan keluarga, pendidikan anak2,ilmu2 Islam,penghayatan Islam dan sebagainya.
Ribuan terima kasiah sy ucapkan kepada Dr.Zulkiple Abd. Ghani kerana memberi ruang dan peluang kepada sy untuk menghasilkan blog ini yang mana ia boleh mendatangkan faedah dan manfaat kepada diri sy dan sahabat2..dan tidak lupa juga kepada sahabat2 yang memberi tunjuk ajar dalam penghasilan blog ini..;)

Thursday, October 23, 2008

Tugas masyarakat Islam terhadap akhlak

Sesungguhnya tugas masyarakat Islam terhadap akhlaq adalah sebagaimana tugasnya terhadap aqidah, pemikiran dan ibadah. Tugas (peranan) mereka terhadap akhlaq ada tiga hal, yakni Taujih (mengarahkan), Tatshit (memperkuat), dan Himaayah (memelihara).
Taujih atau pengarahan itu boleh dilakukan dengan penyebaran risalah, propaganda di pelbagai mass media, pembekalan, da'wah dan irsyad (menunjuki jalan yang lurus).
Adapun Tatshit (memperkuat) itu dilakukan dengan pendidikan yang sangat panjang waktunya, dan dengan tarbiyah yang mengakar dan mendalam dalam peringkat rumahtangga, sekolah dan universiti.
Sedangkan Himaayah itu boleh dilakukan dengan dua hal berikut:
1. Dengan pengendalian pandangan umum secara aktif, dengan selalu beramar ma'ruf dan nahi munkar serta membenci kerosakan dan menolak penyimpangan.
2. Dengan hukum atau undang-undang yang melarang kerosakan sebelum terjadinya dan pemberian sanksi setelah terjadinya. Hal itu untuk menakut-nakutkan (tarhib) orang yang hendak menyeleweng dan mendidik orang yang merosak serta membersihkan iklim berjamaah dari masalah moral.
Dengan tiga hal ini, yaitu taujih, tatsbit dan himaayah maka akhlaq Islam akan tumbuh, berkembang dan berjalan dalam kehidupan sosial seperti berjalannya air yang mengandungi zat makanan di dalam batang pohon sampai ke daun-daunnya...

pengguguran anak..


Para ulama bersependapat bahawa pengguguran anak selepas 4 bulan hukumnya adalah haram, bahkan ia merupakan satu perbuatan jenayah. Perbuatan ini merupakan suatu pembunuhan ke atas makhluk hidup yang telah cukup sifat dan nyata hidupnya. Oleh itu umat Islam sama sekali ditegah dari melakukannya. Kecuali pengguguran itu terpaksa dilakukan untuk menyelamatkan nyawa di ibu tersebut.Pengguguran sebelum 4 bulan pula, para ulama tidak bersependapat. Ini disebabkan terdapat perselisihan sama ada kandungan itu telah hidup atau sebaliknya. Sebahagian besar ulama cenderung kepada menyatakan bahawa kandungan itu sudah hidup bersandarkan kepada ilmu perubatan. Berasaskan hal ini mereka menghukumkan pengguguran benih itu sebagai haram.Memandangkan kepada kenyataan ilmu perubatan bahawa janin itu sudah hidup sejak pencantuman benih lelaki dan perempuan, maka jawatankuasa Fatwa telah memutuskan bahawa hukum pengguguran anak dalam kandungan adalah haram, tidak kira umur benih dalam kandungan...

politik...politik...

PERMATANG PAUH: Penasihat Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dijangka menyertai ribuan penyokong BA mengiringi calon PAS pada hari penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil DUN Pengkalan Pasir, Kelantan pada 27 November nanti.Menurut Pengarah Pilihan Raya Keadilan Pusat, Mohd Azmin Ali, Anwar akan berkempen dan mengadakan ceramah secara besar-besaran bermula pada malam hari penamaan calon itu nanti.“Beberapa program beliau sebelum ini terpaksa dipinda bagi membolehkannya berkempen membantu calon PAS dalam pilihan raya itu nanti,” jelas Azmin yang dihubungi Malaysia Today, semalam.Anwar kini di Washington dan dijangka kembali ke tanah air 24 November.Sekembalinya ke tanah air, beliau dan isterinya Presiden Keadilan Datin Seri Dr Wan Azizah dijadualkan menyertai beberapa program penting termasuk mengadakan majlis rumah terbuka Eidul Fitri di Cherok Tok Kun pada 25 November dan di kediamannya di Damansara, sehari selepas itu.Dalam pada itu, Keadilan akan memberikan sokongan dan kerjasama sepenuhnya kepada pucuk pimpinan PAS bagi mengekalkan kerusi Pengkalan Pasir.“Saya telah mengarahkan Pengerusi Perhubungan Keadilan Kelantan, Nik Mahmood Nik Hassan untuk memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pimpinan PAS.”Sehubungan itu, katanya Jawatankuasa Bersama antara PAS dan Keadilan telah dibentuk hasil kata sepakat pimpinan BA Kelantan.Dalam perkembangan berkaitan, Azmin menghormati keputusan bekas Ketua Umno Bahagian Pasir Mas, Dato’ Ibrahim Ali yang mengisytiharkan dirinya akan bertanding sebagai calon bebas pada pilihan raya itu nanti.“Sebagai orang tempatan, beliau lebih mengetahui senario politik di Pengakalan Pasir, lebih-lebih lagi beliau juga mempunyai pengikutnya di sana,” kata Azmin.Menjawab soalan akan berlaku perpecahan undi BA, “Hal strategi politik ini kita tidak boleh umumlah,” katanya sambil ketawa.Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian Wan Abdul Aziz Wan Jaafar, 55, dari PAS pada 31 Oktober akibat kanser hati.Pada pilihan raya umum lepas Allahyarham menewaskan calon Barisan Nasional Hanafi Mamat dengan majoriti 56 undi.Allahyarham memperolehi 7168 undi sementara Hanafi mendapat 7112 Pengkalan Pasir adalah antara 24 kawasan daripada 45 kerusi DUN Kelantan yang dimenangi PAS pada pilihan raya umum itu manakala 21 lagi dimenangi oleh BN.Seramai 18,411 pemilih termasuk 195 pengundi pos, layak untuk mengundi dalam pilihan raya kecil itu yang dijadualkan berlangsung 6 Disember depan.
tunggu...

Wednesday, October 22, 2008

ekonomi Islam..

Krisis ekonomi telah menimbulkan banyak kerugian, meningkatnya pengangguran, meningkatnya tindakan kejahatan dan sebagainya. Para ekonomi dunia sibuk mencari sebab-sebabnya dan berusaha sekuat tenaga untuk memulihkan perekonomian di negaranya masing-masing.Sistem ekonomi kapitalis dengan sistem bunganya diduga sebagai penyebab terjadinya krisis.Sistem ekonomi Islam sebagai pilihan alternatif mulai digali untuk diterapkan sebagai sistem perekonomian yang baru. Bagaimanakah sistem ekonomi Islam itu? Sistem ekonomi Islam mempunyai perbezaan yang mendasar dengan sistem ekonomi yang lain, dimana dalam sistem ekonomi Islam terdapat nilai moral dan nilai ibadah dalam setiap kegiatannyaBerbicara tentang sistem ekonomi Islam dan sistem ekonomi kapitalis tidak terlepas dari perbezaan pendapat mengenai halal-haramnya bunga yang oleh sebahagian ulama dianggap sebagai riba yang diharamkan oleh al-Qur'an..
Sistem bunga dalam perbankan (rente stelsel) mulai diyakini oleh sebagian ahli sebagai faktor yang mengakibatkan semakin buruknya situasi perekonomian dan sistem bunga sebagai faktor penggerak investasi dan tabungan dalam perekonomian, sudah teruji bukan satu-satunya cara terbaik mengatasi lemahnya ekonomi rakyat.Larangan riba dalam Islam bertujuan membina suatu bangunan ekonomi yang menetapkan bahwa modal itu tidak dapat bekerja dengan sendirinya, dan tidak ada keuntungan bagi modal tanpa kerja dan tanpa penempatan diri pada risiko sama sekali. Karana itu Islam secara tegas menyatakan perang terhadap riba dan ummat Islam wajib meninggalkannya..renung-renungkan..selamat beramal..

matlamat Negara Islam

Menurut Islam, menjadi pemerintah ialah untuk mencapai matlamat, bukannya menjadi matlamat. Mewujudkan Negara Islam itu ialah memungkinkan kita melaksanakan perintah Allah dan ini tidak boleh dilakukan secara individu. Menegakkan negara Islam ini terkandung di dalam matlamat melaksanakan perintah Allah SWT yang di gariskan kepada tiga perkara,
1. Matlamat Khulafah. Iaitu tugas yang maha besar yang diisytiharkan oleh Allah kepada para malaikat. Firman Allah SWT yang bermaksud:
"Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat. Sesungguhnya Aku akan jadikan di muka bumi itu khalifah."
Para ulama mentakrifkan Khulafah itu sebagai “Mengalang-ganti keNabian di dalam perkara memelihara agama dan mentadbir dunia dengannya (iaitu dengan agama).
Dari takrif tersebut, kita dapati dua unsur terpenting di dalam tujuan kejadian manusia.
· Menjaga agama
· Mentadbir dunia
Menjaga agama dilakukan dengan melaksanakan dua perkara pokok.
a) Menegakkan Islam dengan menyatakan kepada manusia seperti yang dilakukan oleh Rasulullah SAW dan para sahabat RA dengan menyatakan apakah Islam yang sebenar kepada seluruh manusia dan membuktikan kebaikan ajaran dan hukum-hukumnya di samping mempertahankan dari musuh.
b) Melaksanakan Islam dengan mengamalkan segala perintah Allah SWT dan meninggalkan segala larangan-Nya dalam semua urusan. Termasuk juga di dalamnya urusan bermasyarakat dan bernegara. Menyeru dan mengajak manusia kepada melaksanakan perintah agama dan bertindak ke atas sesiapa yang tidak melakukannya, di samping mencegah kemungkaran dan kejahatan dengan kuasa pemerintah.
Mentadbir dunia dengan agama ialah menghayati bahawa urusan dunia itu termasuk juga di dalam urusan agama. Ia mestilah patuh kepada perintah agama. Apa yang dimaksudkan ialah segala urusan negara yang membawa kepada kebaikan dan menolak keburukan tidak akan sempurna dan tidak dapat disempurnakan melainkan dengan apa yang diperintahkan oleh Allah SWT terutamanya perkara-perkara yang berhubung dengannya.
1. Menegakkan keadilan di kalangan manusia
2. Membentuk pandangan yang mulia dan kebebasan pendapat yang bermaruah.
3. Menghormati taraf kemanusiaan.
4. Menegakkan keamanan dan kestabilan
5. Menyediakan keperluan rakyat
6. Menggalakkan perkembangan kemajuan negeri dan rakyat
Apa yang disebutkan di atas itu ialah suatu contoh di zaman beliau.
2. Di antara matlamat Negara Islam itu ialah menunaikan amanah.
Firman Allah SWT yang bermaksud:
Sesungguhnya Kami telah mengemukakan amanah kepada langit bumi, bukit bukau dan gunung ganang, semuanya enggan memikul amanah itu dan khuatir mengkhianatinya, lalu dipikul amanah itu oleh manusia, sesungguhnya manusia itu amat zalim dan amat jahil.
3. Ibadah Allah (Pengabdian kepada Allah)
Menurut ajaran Islam, semua manusia adalah hamba Allah SWT, sama ada rakyat biasa ataupun pemimpin. Mereka tertakluk di bawah tujuan asal mereka diciptakan.Setiap orang Islam yang menjadi pemerintah mestilah beriman dengan segala ajaran Islam. Di antaranya ialah berhubung dengan pemerintahan. Mereka diwajibkan tunduk kepada apa yang ditetapkan oleh Allah SWT di atas sifat mereka sebagai hamba Allah. Sebarang langkah tidak percaya atau meminda hukum, mencipta hukum sendiri adalah pelampau batasan Allah SWT dan berlagak menyanggah Tuhan dan membatalkan Iman.
Demikianlah secara ringkas, tentang Konsep Negara Islam dan Matlamatnya, semoga menjadi renungan bersama ke arah menegakkan keadilan Illahi dan bertindak menentang kezaliman, untuk kebahagian manusia seluruhnya di dunia dan di akhirat.
Wallahu aklam.

mendekat kepada Allah dan meraih cintanya..


Dan tidaklah seseorang hambaKu itu mendekat padaKu dengan sesuatu yang amat Kucintai lebih daripada apabila ia melakukan apa-apa yang telah Kuwajibkan padanya. Dan tidaklah seseorang hambaKu itu mendekatkan padaKu dan melakukan hal-hal yang sunnah sehingga akhirnya Aku mencintainya. Maka apabila Aku telah mencintainya, Akulah yang sebagai telinganya yang ia gunakan untuk mendengar, Akulah matanya yang ia gunakan untuk melihat, Akulah tangannya yang ia gunakan untuk mengambil dan Akulah kakinya yang ia gunakan untuk berjalan. Andaikata ia meminta sesuatu padaKu, pastilah Kuberi dan andaikata memohonkan perlindungan padaKu, pastilah Kulindungi.” (Riwayat Bukhari)
Menjadi hamba yang dekat dengan Allah, ternyata mudah. Rasulullah saw menjelaskan bahwa kita cukup melakukan hal-hal yang telah Allah wajibkan agar boleh menjadi hamba yang dekat denganNya.
Hal-hal yang Allah wajibkan untuk kita itu jelas dan terperinci, karana memang terbatas dan hanya sedikit jumlahnya. Begitu pula dengan hal-hal yang telah Allah larang, larangan-larangan tersebut jelas dan terperinci karena memang hanya sedikit batasannya.
Hadist riwayat Thalhah bin Ubaidillah ra., ia berkata: Seseorang dari penduduk Najed yang kusut rambutnya datang menemui Rasulullah saw. Kami mendengar gaung suaranya, tetapi kami tidak paham apa yang dikatakannya sampai ia mendekati Rasulullah saw. dan bertanya tentang Islam. Lalu Rasulullah saw. bersabda: (Islam itu adalah) solat lima kali dalam sehari semalam. Orang itu bertanya: Adakah solat lain yang wajib atasku? Rasulullah saw. menjawab: Tidak ada, kecuali jika engkau ingin melakukan solat sunat. Kemudian Rasulullah bersabda: (Islam itu juga) puasa pada bulan Ramadan. Orang itu bertanya: Adakah puasa lain yang wajib atasku? Rasulullah saw. menjawab: Tidak, kecuali jika engkau ingin melakukan puasa sunat. Lalu Rasulullah saw. melanjutkan: (Islam itu juga) zakat fitrah. Orang itu pun bertanya:Adakah zakat lain yang wajib atasku? Rasulullah saw. menjawab: Tidak, kecuali jika engkau ingin bersedekah. Kemudian lelaki itu berlalu seraya berkata: Demi Allah, aku tidak akan menambahkan kewajiban ini dan tidak akan menguranginya. Mendengar itu, Rasulullah saw. bersabda: Ia orang yang beruntung jika benar apa yang diucapkannya (Hadits Sahih Riwayat Imam Muslim)
Dan lebih jauh lagi, jika kita ingin mendapat cinta dari Allah, maka kita hanya perlu mengerjakan amalan-amalan sunnah atau amalan tambahan. Karena kedekatan kita kepadaNya dan tambahan perbuatan sunnah yang kita lakukan akan membuat kucuran cinta Ilahi. Subhanallah, luar biasa kan..
Adakah cinta yang lebih indah selain cintanya Allah..?Adakah yang lebih agung selain cinta dari Allah.?Adakah yang lebih mulia selain dicintai Allah..?
Belum lagi faedah yang boleh kita dapat jika Allah telah mencintai kita. Kita kan terjaga mata, telinga, tangan dan kaki dari hal-hal yang tidak berguna, dan mendapatkan hal-hal yang bermanfaat dari indra-indra tersebut. Juga kita akan dipenuhi segala keinginan ataupun doa-doa kita.
Andaikata ia meminta sesuatu padaKu, pastilah Kuberi dan andaikata memohonkan perlindungan padaKu, pastilah Kulindungi
So, mari kita mendekat kepada Allah dengan mengerjakan hal-hal yang Ia perintahkan. Dan mari kita raih cinta Ilahi dengan mengerjakan amalan-amalan sunnah.
Haaa, siapa yang nk jadi hamba-hamba Allah yang dekat denganNya dan menjadi hamba-hamba Allah yang dicintainya…?

dah sampai seru?


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Ada banyak alasan manusia yang membuat dasar dari hakikat pernikahan,
hakikat yang seperti apakah yang paling membahagiakan? cuba kita lihat...dan manakah pilihan kita???
- Jika hakikat pernikahan adalah kerana SEX, maka pasangan rajin bertengkar jika servis di kamar tidur tidak memuaskan. Atau rajin hadir di SEX party.
- Jika hakikat pernikahan adalah kerana HARTA, maka pasangan bakal bubar jika bangkrup.
- Jika hakikat pernikahan adalah kerana BEAUTY/BODY, pasangan bakal lari jika rambut beruban dan muka keripot atau badan jadi gendut.
- Jika hakikat pernikahan adalah kerana ANAK, maka pasangan akan cari alasan untuk pergi jika buah hati (anak) tidak hadir.
- Jika hakikat pernikahan adalah kerana KEPERIBADIAN, pasangan akan lari jika orang berubah tingkah lakunya.
- Jika hakikat pernikahan adalah kerana CINTA, hati manusia itu tidak tetap dan mudah terpikat pada hal-hal yang lebih baik, lagipula manusia yang dicintai pasti MATI / PERGI.
- Jika hakikat pernikahan adalah kerana IBADAH kepada ALLAH, sesungguhnya ALLAH itu KEKAL dan MAHA PEMBERI HIDUP kepada makhlukNYA. Dan ALLAH mencintai hambaNYA melebihi seorang ibu mencintai bayinya. Maka tak ada alasan apapun di dunia yang dapat meretakkan rumah tangga kecuali jika pasangan mendurhakai ALLAH.
Binalah keluarga berlandaskan Syariat Islam..InsyaAllah..kebahagian dimiliki..

Tuesday, October 21, 2008

ramadhan telah berlalu...

"…(iaitu) ada pada bulan Ramadhan. Kerana itu, hendaklah kamu mencarinya pada sepuluh hari terakhir. Kerana ia terdapat pada hari-hari ganjil, iaitu pada malam 21, atau malam 23, atau malam 25, atau malam 27, atau malam 29, atau malam terakhir." - HR Ahmad
Lailatul Qadar adalah satu malam istimewa yang dikurniakan kepada umat Muhammad SAW lantaran kebimbangan Baginda terhadap usia umatnya yang semakin pendek. Bagi mengatasi keraguan ini, maka Allah SWT menurunkan malam Lailatul Qadar yang membawa pahala seperti beribadat selama 83 tahun. Ini bagi menyamakan jarak masa umat terdahulu dengan umat Baginda pada hari ini dalam mengerja dan mendapatkan pahala beribadat...adakah kita sedar bila Lailatul Qadar berlaku?Perbanyakkanlah amalan pada Malam Lailatul Qadar seperti membaca Al-Quran, bertasbih dan bertahmid. Dan ia sesungguhnya boleh ditemui jika kita dapat membezakan malam tersebut dengan malam-malam sebelumnya..
Semoga bersua dengan Lailatul Qadar akan datang..
InsyaAllah...

Saturday, October 18, 2008

ape dah jadi!!

Astagfirullahal'azim..lagi-lagi pasal budak-budak melayu kat IPT ni...banyak betul masalah..asyik-asyik kes buat maksiat..buat keje tak senonoh..siap kene cekup lagi tu..da la buat keje macam tu..buat penat jer..upahnya.. DOSA la korang dapat..wahai umat Islam sekalian..Ingatlah, Allah sentiasa perhatikan apa yang kita lakukan..kita datang IPT nak belajar bukan nak berpacaran yang boleh menyebabkan kita lakukan maksiat..malu la sikit..kita pelajar Islam..buat la cara Islam..sedar-sedar la yer..

anak-anak kita...


Ibu bapa yang matang harus tahu bagaimana cara untuk membentuk anak-anak mereka. Dalam hal ini ibu bapa harus bersepakat mendidik dan mewarnai hidup anak-anak.Perlakuan ibu bapa tu hendaklah menjadi contoh kepada anak-anak tanpa ada perbezaan.Anak-anak akan menjadi keliru jika ibu bapa mempunyai pandangan yang berbeza dalam mendidik mereka. Jangan ada pandangan yang berbeza antara ibu dan bapa. Misalnya, si ibu menentang sesuatu yang anak lakukan sedangkan si bapa membenarkan.Ibu bapa juga harus berwaspada dengan perlakuan datuk dan nenek atau saudara-saudara yang lain yang berlawanan dengan perlakuan ibu bapa. Kerana ia boleh meruntuhkan cara pendidikan yang telah diberikan oleh ibu bapa kepada anak-anak.Dari kecik ni la masa yang terbaik ibu bapa mendisiplinkan anak-anak. Insya-Allah.... anak kita akan menjadi anak yang sejuk mata memandang dan menjadi pemimpin pada orang-orang yang beriman kelak. Seterusnya untuk menjadikan anak kita cemerlang, gemilang dan terbilang......