Saturday, October 18, 2008

anak-anak kita...


Ibu bapa yang matang harus tahu bagaimana cara untuk membentuk anak-anak mereka. Dalam hal ini ibu bapa harus bersepakat mendidik dan mewarnai hidup anak-anak.Perlakuan ibu bapa tu hendaklah menjadi contoh kepada anak-anak tanpa ada perbezaan.Anak-anak akan menjadi keliru jika ibu bapa mempunyai pandangan yang berbeza dalam mendidik mereka. Jangan ada pandangan yang berbeza antara ibu dan bapa. Misalnya, si ibu menentang sesuatu yang anak lakukan sedangkan si bapa membenarkan.Ibu bapa juga harus berwaspada dengan perlakuan datuk dan nenek atau saudara-saudara yang lain yang berlawanan dengan perlakuan ibu bapa. Kerana ia boleh meruntuhkan cara pendidikan yang telah diberikan oleh ibu bapa kepada anak-anak.Dari kecik ni la masa yang terbaik ibu bapa mendisiplinkan anak-anak. Insya-Allah.... anak kita akan menjadi anak yang sejuk mata memandang dan menjadi pemimpin pada orang-orang yang beriman kelak. Seterusnya untuk menjadikan anak kita cemerlang, gemilang dan terbilang......

1 comment:

che zainab said...

memang betul ibu bapa perlu ada persamaan dalam mendidik anak-anak. sekiranya tiada persamaan anak-anak tidak akan hiraukan apa yang dilarang oleh ibu atau bapa dan akan melakukan pelbagai kesalahan. Oleh itu ibu bapa harus bersepakat dalam mendidik anak-anak agar mereka dapat menhormati dan mengikuti didikan itu dengan baik. Namun didikan agama perlu disemai di dalam diri anak-anak sejak kecil lagi agar mereka dapat membezakan perkara yang baik dan buruk.