Thursday, October 23, 2008

politik...politik...

PERMATANG PAUH: Penasihat Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dijangka menyertai ribuan penyokong BA mengiringi calon PAS pada hari penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil DUN Pengkalan Pasir, Kelantan pada 27 November nanti.Menurut Pengarah Pilihan Raya Keadilan Pusat, Mohd Azmin Ali, Anwar akan berkempen dan mengadakan ceramah secara besar-besaran bermula pada malam hari penamaan calon itu nanti.“Beberapa program beliau sebelum ini terpaksa dipinda bagi membolehkannya berkempen membantu calon PAS dalam pilihan raya itu nanti,” jelas Azmin yang dihubungi Malaysia Today, semalam.Anwar kini di Washington dan dijangka kembali ke tanah air 24 November.Sekembalinya ke tanah air, beliau dan isterinya Presiden Keadilan Datin Seri Dr Wan Azizah dijadualkan menyertai beberapa program penting termasuk mengadakan majlis rumah terbuka Eidul Fitri di Cherok Tok Kun pada 25 November dan di kediamannya di Damansara, sehari selepas itu.Dalam pada itu, Keadilan akan memberikan sokongan dan kerjasama sepenuhnya kepada pucuk pimpinan PAS bagi mengekalkan kerusi Pengkalan Pasir.“Saya telah mengarahkan Pengerusi Perhubungan Keadilan Kelantan, Nik Mahmood Nik Hassan untuk memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pimpinan PAS.”Sehubungan itu, katanya Jawatankuasa Bersama antara PAS dan Keadilan telah dibentuk hasil kata sepakat pimpinan BA Kelantan.Dalam perkembangan berkaitan, Azmin menghormati keputusan bekas Ketua Umno Bahagian Pasir Mas, Dato’ Ibrahim Ali yang mengisytiharkan dirinya akan bertanding sebagai calon bebas pada pilihan raya itu nanti.“Sebagai orang tempatan, beliau lebih mengetahui senario politik di Pengakalan Pasir, lebih-lebih lagi beliau juga mempunyai pengikutnya di sana,” kata Azmin.Menjawab soalan akan berlaku perpecahan undi BA, “Hal strategi politik ini kita tidak boleh umumlah,” katanya sambil ketawa.Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian Wan Abdul Aziz Wan Jaafar, 55, dari PAS pada 31 Oktober akibat kanser hati.Pada pilihan raya umum lepas Allahyarham menewaskan calon Barisan Nasional Hanafi Mamat dengan majoriti 56 undi.Allahyarham memperolehi 7168 undi sementara Hanafi mendapat 7112 Pengkalan Pasir adalah antara 24 kawasan daripada 45 kerusi DUN Kelantan yang dimenangi PAS pada pilihan raya umum itu manakala 21 lagi dimenangi oleh BN.Seramai 18,411 pemilih termasuk 195 pengundi pos, layak untuk mengundi dalam pilihan raya kecil itu yang dijadualkan berlangsung 6 Disember depan.
tunggu...

No comments: